• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Serah Jawapan Surat Tunjuk Sebab

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyerahkan surat jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikemukakan Lembaga Disiplin bertarikh 15 Januari lalu atas dakwaan salah laku termasuk mengeluarkan ucapan berunsur fitnah terhadap kepemimpinan parti.

Surat jawapan itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin PKR oleh Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad pada jam 12.45 tengah hari di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Zuraida tidak dapat menyerahkan surat jawapan itu kerana menghadiri Mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Nor Hizwan berkata Zuraida menjawab semua persoalan yang dibangkitkan Lembaga Disiplin termasuk dakwaan mengeluarkan ucapan berbaur fitnah pada majlis makan malam di sebuah hotel di ibu negara, Disember tahun lalu.

“Hari ini genap 14 hari tempoh ditetapkan Lembaga Disiplin untuk menjawab notis tunjuk sebab bertarikh 15 Januari lalu.

“Apabila diminta untuk memberikan penjelasan, sebagai Naib Presiden yang dipilih oleh ahli dari seluruh negara beliau mengambil tanggungjawab itu untuk menjawab kepada Lembaga Disiplin.

“Zuraida mengambil masa untuk menjawab notis tunjuk sebab itu kerana ada tiga persoalan yang perlu diteliti terlebih dulu termasuk sub soalan bagi soalan utama,” katanya kepada media selepas menyerahkan surat jawapan.

Lembaga Disiplin PKR sebelum ini dilapor memulakan siasatan terhadap pelbagai laporan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin kanan parti termasuk Zuraida dipercayai ada hubungan dengan ucapan pada majlis makan malam selepas Kongres Nasional PKR 2019 di Melaka, Disember lalu.

Beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, antara pemimpin yang memboikot hari terakhir kongres namun mengadakan satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Setakat ini, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin berhubung tindak tanduk beliau ketika kongres dan pada majlis makan malam itu.

Sementara itu, Nor Hizwan berkata, tiada surat saman diterima Zuraida daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. – BH Online

Tags: PKRZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangkitan Koronavirus Lebih Tinggi Daripada SARS

Next Post

Kesuma Booty Meninggal Dunia

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Kesuma Booty Meninggal Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd