• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Myanmar Ditemui Mati Dibunuh

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tetak di dahi dan tikaman di pipi dalam kejadian di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Maklom di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mayat lelaki berusia 36 tahun itu yang berlumuran darah ditemui ditutup dengan kanvas oleh majikannya ketika dia mahu membuka bengkel pada jam 9.30 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada polis.

Menurutnya, mangsa bekerja di bengkel berkenaan sejak tujuh bulan lalu bersama dua lagi pekerja warga Myanmar dan mereka tinggal di dalam kontena yang disediakan oleh majikan di dalam bengkel terbabit.

“Kita percaya dua lagi rakan sekerja mangsa terlibat dengan pembunuhan ini berikutan mereka telah melarikan diri.

“Pemeriksaan di sekitar kejadian mendapati terdapat serpihan kaca botol minuman keras dan mangsa mungkin ditikam dengan menggunakan botol kaca ketika pergaduhan berlaku di antara mereka,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Noorzainy berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti dua suspek berkenaan dan kedua-dua mereka merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya menggunakan anjing pengesan (K-9) untuk menjejaki suspek dan senjata yang digunakan mereka untuk membunuh mangsa.

Katanya, polis kini sedang giat memburu kedua-dua suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Sinar Harian

Tags: kes bunuhPulau Pinangwarga myanmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd