• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Koronavirus Di Malaysia Belum Serius – Mahathir

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kerajaan belum ada perancangan untuk mengenakan larangan terhadap pelancong China terutama dari Wuhan memasuki Malaysia meskipun terdapat beberapa negara mengambil langah tertentu kerana koronavirus merebak terlalu cepat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan situasi semasa wabak itu di negara ini yang masih belum berada di tahap serius.

“Bagaimanapun Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah yang sepatutnya dengan melakukan saringan terhadap pelancong dari China dan membolehkan tiga pelancong di Johor dikesan dan dikuarantinkan.

“Kerajaan China juga sudah mengambil tindakan drastik dengan mengenakan kuarantin ke atas 11 juta rakyatnya dalam usaha mereka menyekat wabak ini daripada terus merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 anjuran Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Persatuan-persatuan Cina Klang di Bangunan Persatuan Hokkien Klang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Menteri Industri Utama, Teresa Kok dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menyaring rakyat Malaysia yang berada di China sejak beberapa hari lalu sebelum memasuki semula negara ini untuk memastikan mereka tidak menyebarkan penyakit itu.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata, KKM sedang berusaha untuk menambah alat pengesan suhu di kesemua pintu masuk utama negara bagi mengesan virus tersebut lebih awal. – Sinar Harian

Tags: koronavirusMahathir Mohamadpelancong chinawabak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koronavirus: China Haramkan Penjualan Haiwan Liar

Next Post

Coronavirus: 2 Kanak-Kanak Warga China Dikuarantin

Related Posts

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

Waris 2 Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut Ganti Rugi RM1.7 Juta

10/01/2025
0

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini September lalu, menuntut ganti rugi kira-kira RM1.7...

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

Kerajaan Perlu Halang Pelancong China, Jaga Kebajikan Petugas Kesihatan

07/01/2023
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan mewakili petugas dan pengamal perubatan mahu kerajaan menghalang kemasukan pelancong dari China ke negara ini untuk memberi...

Next Post

Coronavirus: 2 Kanak-Kanak Warga China Dikuarantin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd