• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vui Keong Nafi Dakwaan Khairy Mengenai Pindaan Perlembagaan

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa pembangkang tidak mengundi pindaan perlembagaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan itu “tidak bersubstantif” adalah tidak benar sama sekali, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau menjelaskan perkara itu tidak timbul kerana Jawatankuasa Kabinet Khas sudah mencapai persetujuan berkenaan 17 daripada 21 isu bagi melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan berjaya.

Antara 17 isu berkenaan ialah persetujuan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berkenaan beberapa perkara penting seperti kuasa pentadbiran Sabah ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan; duti eksport untuk hasil kayu dan hutan; kuasa kerajaan negeri berkenaan kesihatan dan kawal selia bekalan elektrik dan gas.

“Empat isu yang baki pula dijangka diselesaikan oleh Jawatankuasa Kabinet Khas pada awal tahun 2020. Maka tidak sama sekali timbulnya sebarang isu mengenai pindaan perlembagaan ini tidak bersubstantif seperti yang didakwa,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau merujuk laporan berita oleh akhbar The Star bertajuk “Khairy: UMNO, PAS abstained from voting on constitutional amendment for Sabah, Sarawak as they wanted more substance”.

Jelasnya, pada 9 April tahun lalu, 138 Ahli Parlimen Pakatan Harapan termasuk beberapa ahli Bebas mengundi meluluskan pindaan itu, sebaliknya Khairy serta kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan 19 ahli dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengundi pindaan itu di Dewan Rakyat.

Katanya, hanya 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan perlembagaan itu.

“Pada masa material sebelum mengundi, ada hanya satu permintaan daripada pihak pembangkang. GPS meminta agar lima perkataan: “in accordance with the MA63” dimasukkan ke dalam klausa utama dan bukannya di Nota Penjelasan.

“Pihak pembangkang tidak pernah melakukan sebarang usaha yang mulia bagi memastikan pindaan yang lebih substantif seperti yang dikatakan oleh YB Khairy,” katanya.

Tags: Khairy JamaluddinLiew Vui Keongpindaan perlembagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

UMNO Tak Terima Surat Rayuan KJ

04/09/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum menerima sebarang surat rayuan daripada bekas Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd