• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Intim: “Saya Tak Tahu Apa-Apa” – KPN

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan beliau tidak dimaklumkan berhubung keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung klip video intim melibatkan seorang menteri Kabinet.

Memetik laporan Astro Awani, Abdul Hamid memaklumkan beliau sedang menunggu perkembangan terkini daripada Pejabat Peguam Negara berhubung keputusan itu.

“Saya tidak tahu, keputusan muktamad dibuat oleh pihak Peguam Negara, bila sudah rasmi saya akan umumkan,” katanya.

Tommy dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada pendakwaan akan dibuat pada mana-mana individu berhubung klip video yang tular tahun lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat.

Dalam kenyataan itu, Tommy mengesahkan keputusan siasatan mendapati bahawa pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah yang dibuat dalam dan luar negara.

“Dapatan Cyber-Security antara lain ‘kegagalan untuk mengenal pasti individu-individu di dalam video tular tersebut disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video dan rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas.

“Namun, Tommy turut mengesahkan siasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baharu diperoleh,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 6 Januari lalu menjelaskan kertas siasatan serta laporan akhir itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada akhir tahun lalu. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hamid BadorTommy Thomasvideo intim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd