• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Jadikan PRK Kimanis Pungutan Suara Rakyat

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGAWAN – UMNO menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis sebagai satu pungutan suara untuk menilai sejauh mana sokongan rakyat Sabah terhadap kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan walaupun pilihan raya itu tidak mengubah kedudukan kerajaan sedia ada, ia penting untuk memberi mesej kepada mereka.

“Pada 18 Januari ini adalah hari pungutan suara. Kita tahu apa yang bakal terjadi kepada Kimanis tidak akan mengubah kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.

“Namun, ini bukan soal untuk menubuhkan kerajaan. Jika WARISAN menang di Kimanis, pada 19 Januari kerajaan akan umumkan rakyat setuju dengan Pas Sementara Sabah (PSS) kerana mereka menang di Kimanis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ceramah Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan di Kampung Malawaring, di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Tuaran turut menyifatkan PRK Kimanis sebagai pertaruhan masa depan yang akan menentukan nasib rakyat Kimanis dan Sabah keseluruhannya.

Beliau mendakwa, walaupun hanya pengundi di Kimanis yang akan mengundi pada 18 Januari ini, rakyat Sabah di seluruh negeri sudah tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih semula kerajaan.

Sehubungan itu, katanya keputusan PRK Kimanis ini membawa mesej yang jelas sebagai amaran kepada kerajaan. – BH Online

Tags: Barisan NasionalPRK KimanisSabahUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd