• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Zuraida Sangat Spesifik – Saifuddin

oleh
30/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin terhadapnya mengandungi fitnah yang sangat spesifik.

Beliau berkata, tuduhan itu berkaitan dengan kerajaan negeri Kelantan serta Tabung Tok Kenali telah diucapkan Zuraida ketika berucap dalam majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Tuduhan ke atas saya itu sangat spesifik dalam ucapan yang diberikan (itu) bahawa saya (telah) menerima berjuta ringgit daripada kerajaan Pas Kelantan sewaktu saya berkhidmat di Kelantan.

“(Dakwanya) saya dibayar berjuta ringgit oleh Tabung Amanah Tok Kenali, itu spesifik dia sebut. Rakan pemimpin kata boleh tarik balik (saman), sedangkan saya tahu saya tidak ambil duit itu.

“Ini perlu diberikan noktah dan itu sahaja tujuan saya (saman). Berpolitik boleh tapi kena jaga hemah dan adab,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia Bersama Tesco di Tesco Extra, Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai saman fitnah yang difailkan terhadap Zuraida yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.

Terdahulu Saifuddin pernah dilantik sebagai pengurus Tabung Tok Kenali pada 2004 hingga 2007 oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu iaitu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Saya dilantik oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan kita tahu negeri miskin, daripada dia bagi Saifuddin berjuta baik dia bagi kepada rakyat dia di Ketereh, Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Gua Musang.

“Munasabahkah kerajaan Kelantan nak bayar Saifuddin berjuta, munasabah ke agensi kerajaan Tabung Tok Kenali nak bayar saya berjuta, itulah yang disebut oleh Zuraida dalam ucapan dia,” katanya lagi.

Selasa lalu, Saifuddin dilaporkan telah mengemukakan saman ke atas Zuraida atas satu kenyataan fitnah Naib Presiden PKR itu ke atasnya. – Sinar Harian

Tags: PKRSaifuddin Nasution IsmailsamanZuraida Kamaruddin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd