• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Gesa Apple Bantu Akses Data iPhone Penembak Saudi

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, semalam menggesa Apple membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengakses data yang terdapat dalam dua telefon pintar iPhone, digunakan juruterbang Saudi yang terbabit dalam serangan di pangkalan tentera laut di Pensacola, Florida bulan lalu, lapor agensi berita Anadolu.

“Selama ini kami telah membantu Apple dalam perdagangan dan banyak isu lain, namun mereka masih enggan membantu kami mengakses data yang terdapat dalam telefon pintar digunakan oleh pembunuh, pengedar dadah dan jenayah lain.

“Mereka perlu membantu negara sekarang untuk mewujudkan semula negara Amerika yang hebat’,” kata Trump di Twitter.

Ciapan beliau menyusul sehari selepas Apple dilaporkan menolak permintaan Peguam Negara, Bill Barr.

Pada 6 Disember, Mohammed Alshamrani, seorang leftenan II Angkatan Udara Diraja Saudi yang juga merupakan pelajar penerbangan di Naval Aviation Schools Command, menembak dan membunuh tiga anggota perkhidmatan Amerika selain mencederakan lapan yang lain sebelum suspek ditembak mati oleh pihak berkuasa.

“Setakat ini, Apple tidak membantu kami dalam siasatan tersebut,” kata Barr pada sidang akhbar.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menolak penciriannya dan mengatakan pihaknya telah memberi maklum balas yang sepatutnya sejak serangan tersebut.

Tags: Amerika SyarikatappleiPhoneSaudi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPM Tak Halang Sambut Ponggal Di Sekolah

Next Post

Keputusan AGC Tak Dakwa Anwar Berdasarkan Penemuan Polis

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

Keputusan AGC Tak Dakwa Anwar Berdasarkan Penemuan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd