• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Putuskan Tiada Pendakwaan Kes Video Seks

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata pihaknya memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak berhubung kes video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Tommy berkata, setelah menyemak keterangan yang dikumpulkan dan dikemukakan oleh polis kepada jabatannya, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung isu video itu.

“Saya sudah menerima syor terbabit dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sejak 13 Jun tahun lalu, pihaknya dan PDRM secara bersama meneliti kertas siasatan berkaitan dengan video seks dengan beberapa perbincangan diadakan untuk menyemak keterangan dikumpulkan PDRM pada setiap peringkat penyiasatan.

Siasatan dijalankan di bawah seksyen-seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan. Ramai saksi ditemubual, selain tangkapan dan reman beberapa saksi berkaitan.

“Pelbagai keadaan menyumbang kelewatan dalam melengkapkan siasatan ini, terutamanya masa yang lama diambil sebelum laporan forensik dimuktamadkan.

“Ketika siasatan, proses undang-undang perlu dipatuhi, keperluan prosedur dan teknikal untuk analisis forensik yang wajar perlu diikuti,” katanya.

Perkara ini kata beliau termasuk menangani kekangan dan prosedur kerajaan untuk mendapatkan kelulusan kewangan tambahan bagi membolehkan PDRM melengkapkan penyiasatan.

“Video berkenaan dihantar untuk ditentukan ketulenan dan pengecaman wajah dalam dan luar negara. Pernyataan saksi direkod polis, keterangan dokumentari dikumpulkan dan analisa forensik adalah sebahagian kertas siasatan yang dirujuk kepada jabatan ini untuk keputusan.

“CyberSecurity Malaysia membuat kesimpulan biarpun video terbabit tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video yang rendah yang mana analisis sudah dijalankan,” katanya.

Tommy menjelaskan disebabkan dapatan tidak konklusif itu, PDRM menghantar untuk dianalisa secara bebas oleh pakar forensik di Amerika Syarikat dan menerima keputusan analisa pada Disember lalu.

“Laporan bebas ini mengesahkan dapatan CyberSecurity, antara lainnya, ‘kegagalan mengenal pasti individu-individu dalam video tular itu disebabkan resolusi yang rendah dan kualiti video dan rangka video yang sedikit untuk membolehkan suspek dilihat dengan jelas’.

“Secara berasingan PDRM juga menerima suatu laporan analisa dibuat orang persendirian tanpa diminta. Laporan mengesahkan dapatan kedua-dua laporan di atas bahawa pengenalan identiti tidak boleh dibuat secara konklusif berdasarkan analisa pengecaman wajah,” katanya. – BH Online

Tags: PDRMPeguam NegaraTommy Thomasvideo seks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd