• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Jawi Kerana Takut Masuk Islam Alasan Dangkal

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Alasan enggan belajar jawi kerana bimbang masuk Islam merupakan alasan ‘tolol’ dan kurang cerdik, kata Timbalan Pengerusi Gerakan Pembelan Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa.

Berucap di hadapan ratusan peserta Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di Dataran Sogo hari ini, beliau mendakwa, sudah ramai usahawan Cina menjual produk menggunakan tulisan jawi.

“Saya nak tanya berapa banyak jutawan Cina yang menjual produk mereka menggunakan tulisan jawi dan menjadi jutawan, kaya-raya dalam negara ini.

“Ada kita benci mereka? Tidak. Kita bantu mereka jadi kaya, tak boikot mereka tapi tindakan persatuan yang rasis ini membantah jawi, sikit sahaja ada dalam subjek, mereka tentang.

“Inilah sebenarnya agenda halus komunis yang masuk dalam Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia),” katanya.

Turut hadir ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nazir Helmi.

Beliau turut memberi amaran sekiranya bantahan kepada jawi diteruskan, mereka akan menggerakkan gelombang orang Melayu untuk mempertahankan jawi.

“Adakah ini mereka mahu? Kalau orang Melayu bangkit, apa jadi pada kedudukan orang bukan Melayu.

“Akan berlaku huru-hara, adakah ini yang mereka mahu sebab itu kita beritahu jangan usik bahasa Melayu, jawi kerana ini adalah hak dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: cinaDong Zongislamtulisan Jawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd