• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiba-Tiba Menteri PH Saman Menteri PH – Najib

oleh
28/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Bakal PM ke-8 tak saman Yusoff Rawther. Menteri Hotel Sandakan tak saman Haziq. Tapi Menteri PH gi saman Menteri PH pulak,” komen sinis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ini telah mendapat lebih 1,300 reaksi meskipun kurang 10 minit dimuat naik.

Meskipun ringkas tetapi kerana komen tersebut mungkin sangat catchy dan “kena pada masanya” lalu cepat menarik perhatian pembaca.

Ini terutama apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilaporkan akan menyaman Naib Presiden parti berkenaan, Zuraida Kamaruddin hari ini atas dakwaan memfitnah.

Ini pastinya menambahkan lagi “drama” dalam pergolakan parti berkenaan.

Tambahan pula, semalam peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh mengesahkan Presiden PKR itu tidak akan memfailkan saman terhadap bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther yang dikatakan telah memfitnah beliau.

Menurut Ramkarpal, beliau menasihatkan Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk tidak meneruskan hasrat menyaman Muhammed Yusoff kerana Peguam Cara Negara telah membersihkan nama baiknya.

Pada November tahun lepas, Muhammed Yusoff dalam satu akuan bersumpah mendakwa Anwar telah mencabul kehormatannya, malah pemuda itu turut membuat laporan polis pada 7 Disember lalu.

Hantaran sinis oleh Najib itu turut mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz atas dakwaan fitnah meskipun telah didesak oleh pelbagai pihak. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun Razakpakatan harapanSaifuddin Nasution IsmailZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd