• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tindakan Pengguna Pasang CRS Tak Ikut Piawaian

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengambil tindakan atau menyaman orang ramai yang masih menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang tidak mengikut piawaian ditetapkan.

Sebaliknya, tindakan bakal diambil terhadap pengimport atau pengeluar yang didapati menjual atau mengedar CRS tidak menepati piawaian dan syarat ditetapkan kerajaan, mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata orang ramai tidak perlu bimbang jika mereka masih menggunakan CRS yang dibeli sebelum 1 Januari lalu yang didapati tidak menepati piawaian ditetapkan.

“Penguatkuasaan CRS bermula bulan ini, jadi kita mengambil pendekatan praktikal membenarkan kerusi dibeli sebelum ini boleh terus digunakan.

“Jika kita mengatakan kerusi yang tiada pensijilan tidak boleh digunakan lagi, ia akan mendatangkan beban kepada pengguna (yang sudah membelinya),” katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Operasi Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baharu Cina di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah utara Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, hari ini.

Loke berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Pengguna (KPDNHEP) bagi memastikan pengimport atau pengeluar produk berkenaan memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan.

Justeru, orang ramai yang masih belum membeli kerusi berkenaan dinasihat melakukan pemeriksaan sama ada produk berkenaan mempunyai pelekat pengesahan piawaian dan Kod QR ditetapkan.

Garis panduan ditetapkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebelum ini menjelaskan agensi itu akan mengeluarkan pelabelan Kod QR terhadap CRS yang dijual di negara ini selepas berpuas hati dengan ciri keselamatannya.

Sementara itu, Loke mengalu-alukan pemandu e-hailing yang mahu memasang CRS pada kenderaan mereka walaupun kenderaan komersial itu tidak diwajibkan berbuat demikian.

“Pemandu e-hailing yang memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) tidak dikategorikan sebagai memandu kenderaan persendirian, jadi mereka tidak diwajibkan memasang CRS.

“Bagaimanapun, jika mereka mahu memasang kerusi berkenaan, ia sangat dialu-alukan dan boleh menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan mereka,” katanya. – BH Online

Tags: CRSJPJkerusi keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

JPJ Sita 38 Kenderaan Mewah Kebanyakan Milik Golongan Kenamaan

21/08/2025
0

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 38 kenderaan mewah pelbagai jenama kebanyakan milik golongan kenamaan, termasuk bergelar Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd