• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Sahkan Kes Koronavirus Kelima

oleh
25/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand hari ini mengesahkan kes kelima novel koronavirus dikesan di negara itu.

Ia merupakan kes kedua pesakit gagal dikesan menerusi saringan di lapangan terbang.

Timbalan Menteri Kesihatan Awamnya, Sathit Patucha berkata pelancong wanita warga China berusia 33 tahun itu tiba di Bangkok dari Wuhan bersama anak perempuannya yang berusia tujuh tahun pada 21 Januari lepas.

Beliau berkata pesakit berkenaan telah ke hospital swasta kerana demam, sakit otot dan batuk. Wanita itu kemudian dipindahkan ke hospital kerajaan semalam.

“Keputusan ujian makmal mengesahkan wanita itu positif novel koronavirus. Keadaannya bertambah baik. Anak perempuannya telah diuji tetapi negatif virus tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat wanita itu di Hospital Rajavithi, di sini hari ini.

Pada 12 Januari, Thailand mengesahkan kes pertama novel koronavirus apabila seorang wanita berusia 61 tahun dari Wuhan dikesan mengalami demam menerusi pengesan haba sebaik tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Sementara itu, seorang wanita warga Thai yang didiagnos dijangkiti virus itu pada 15 Januari lepas selepas mengunjungi Wuhan, telah dibenarkan keluar hospital hari ini selepas ujian makmal mendapati beliau telah bebas daripada virus itu.

Setakat ini, dua pesakit masih dikuarantin di negara itu.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Dr. Sukhum Karnchanapimai berkata Thailand telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan di lima lapangan terbang utama – Suvarnabhumi, Don Mueang, Chiang Mai, Phuket, dan Krabi yang mempunyai penerbangan terus dari Wuhan susulan cuti Tahun Baharu Cina.

Katanya, sejak 3 Januari lepas, seramai 21,374 penumpang daripada 136 penerbangan dari Wuhan telah disaring untuk mengesan simptom pernafasan dan demam.

Tags: koronavirusThailandWarga Chinawuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda Naik 5K? Oh Tidak

Next Post

China Bina Hospital Baharu Dalam Masa 10 Hari

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

PGA Patahkan Cubaan Seludup Hampir 40,000 Biji Kelapa Ke Thailand

20/03/2025
1

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kelapa ke Thailand apabila merampas 38,580 biji kelapa di pangkalan haram...

Next Post

China Bina Hospital Baharu Dalam Masa 10 Hari

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd