• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Untuk Ambil Tindakan – Latheefa

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada mana-mana pihak untuk mengambil sebarang tindakan ke atas mereka berhubung pendedahan set rakaman perbualan membabitkan tujuh individu berprofil tinggi sebelum ini.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, semua pihak berhak untuk mengemukakan sebarang tindakan ke atas SPRM.

Menurutnya, apa yang pasti pihak SPRM akan menyerahkan set rakaman tersebut kepada pihak polis.

“Terpulang kepada mereka nak buat apa. Saya tak mahu komen lanjut. Mereka berhak untuk membuat sebarang tindakan.

“Sebenarnya kita dah serah kepada polis ‘first round’ dan sekarang kita sedang menunggu pihak polis memanggil dan membuka kertas siasatan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Shafee Abdullah yang akan mempertimbangkan tindakan ke atas SPRM kerana menyifatkan tindakan tersebut sebagai subjudis dan menghina mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Latheefa berkata, pihaknya akan meneruskan penempatan pegawai di Pejabat Menteri Besar Perak dan Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Menurutnya, selain Perak, kerajaan Kedah dan Sabah juga melaksanakan penempatan pegawai SPRM di pejabat menteri besar masing-masing.

Sementara itu Ahmad Faizal yang turut sama dalam sidang media itu berkata, penempatan pegawai SPRM tersebut bukan tujuan untuk membuat intipan atau sebagainya tetapi lebih kepada memberikan nasihat.

Katanya, pegawai yang ditempatkan itu diharap dapat membantu mendidik kerajaan supaya menjalankan amanah dengan langkah pencegahan mengelak berlakunya rasuah. – Sinar Harian

Tags: Latheefa KoyaNajib Tun RazakShafee AbdullahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd