• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasat Bawang Merah RM24 Sekilogram Di Pulau Pinang

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat dakwaan bawang merah India dijual sehingga RM24 sekilogram di Pulau Pinang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya sudah mengarahkan kepada penguat kuasa untuk turun ke premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan sebelum mendedahkan hasil laporannya kepada orang ramai tidak lama lagi.

Katanya, tindakan segera sudah dilakukan dengan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 terhadap peniaga yang dikesan menjual bawang merah pada harga yang terlalu tinggi.

“Bekalan bawang sebenarnya mencukupi. Ada alternatif lain kerana kita bukan saja import bawang dari India tetapi dari beberapa negara lain seperti China, Pakistan, Belanda dan Mesir yang mana harganya juga lebih murah tetapi, orang kita sudah biasa dengan bawang merah India, sebab itu kita berdepan masalah kenaikan harga apabila India menghentikan eksport mereka.

“Di Pulau Pinang, laporan terakhir yang saya terima daripada Majlis Harga Barang Negara (MHBN) mendedahkan harga bawang dijual antara RM4.90 hingga RM24 yang mana ia adalah julat harga tertinggi di Malaysia.

“Kita perlu mendapatkan penjelasan kerana isunya adalah mengenai julat harga. Notis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 dikeluarkan adalah bagi membolehkan siasatan dibuat yang mana seksyen itu mengkehendaki peruncit mendedahkan dari mana dia mendapat bekalan dan juga harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan pasaraya TF Value Mart yang ke-33 di Malaysia dan pertama di Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Sementara itu, berhubung persediaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Saifuddin berkata pihaknya memberi jaminan bekalan barang mencukupi dan pengumuman skim harga maksimum bagi beberapa barangan terpilih akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Sekarang kita dalam proses perundingan dan jumlah bekalan antara faktor yang diambil kira dan yang pasti ia mencukupi,” katanya. – BH Online

Tags: bawang merah indiaharga bawang merahPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd