• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Pilih Kereta Lain, Bukan Proton Perdana – Guan Eng

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menjelaskan, ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi atau tidak sehingga pilihan alternatif terpaksa dibuat.

“Ini kerana ada yang tidak tahu bahawa sekarang kereta Proton Perdana tidak jual lagi. Itu sebab apabila kita sebut bahawa masih kekal kereta Proton Perdana, mereka mesti bina secara berasingan yang menyebabkan dari segi bekalan (ia) belum pasti.

“Itu sebab kita harus ada pilihan kedua kerana sebelum ini kerana kita tidak mendapat pengesahan dan apabila kita dapat pengesahan bekalan, baru kita teruskan dengan Proton Perdana,” katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di sini hari ini.

Guan Eng meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian yang bukan-bukan, kerana apa yang diperkatakan sesetengah pihak itu adalah sebahagian daripada berita palsu.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan kini sedang dalam proses melantik sebuah syarikat, membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Laporan itu menyebut janji niaga itu melibatkan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan untuk Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan, bukanlah satu masalah.

Katanya, Dr. Mahathir hanya memangku jawatan itu untuk sementara waktu.

“Contohnya, sekiranya saya pergi bercuti, mesti ada menteri ganti, jadi kalau ada menteri ganti, itu hanya sementara sahaja. Jadi perkara itu tidak akan menjadi sebarang isu,” katanya.

Dalam Manifesto Pakatan Harapan menetapkan Perdana Menteri, tidak dibenarkan memegang portfolio lain dalam Kabinet.

Tags: Honda AccordLim Guan EngProton perdanaToyota Vellfire
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd