• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Perjalanan Warga China Tak Dilanjut – Wan Azizah

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh perjalanan warga China yang berada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, hanya pelancong yang mempunyai simptom dan disahkan positif koronavirus sahaja dibenar berada di negara ini untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar pulang.

“Tak ada lanjutan lawatan,” katanya.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Bukan sahaja koronavirus tetapi sesiapa sahaja yang sakit kita perlu merawatnya sebelum dihantar pulang,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meninjau pengurusan dan penyelarasan maklumat serta respon bagi koronavirus.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Timbalannya, Lee Boon Chye serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah.

Bermula 1 Januari lalu, kerajaan mewartakan pengecualian visa kepada rakyat China dan India mengikut Subseksyen 2(1) Akta pasport 1966.

Pelancong dari negara terbabit perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.

Tempoh masa lawatan yang dibenarkan terhad kepada 15 hari sahaja dan tidak boleh dilanjutkan.

Dalam pada itu, Dr. Wan Azizah berkata, tiada halangan bagi mana-mana pihak untuk berhimpun terutamanya menjelang Thaipusam minggu hadapan.

“Setakat ini, tiada apa-apa masalah, malah WHO belum mengeluarkan arahan halangan perjalanan.

“Bagaimanapun kerajaan akan maklumkan situasi semasa dan perkembangan kepada rakyat,” katanya.

Setakat jam 2 petang, individu positif koronavirus kekal tujuh kes. – Sinar Harian

Tags: koronavirusWan Azizah Wan IsmailWarga China
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iktiraf UEC Atau DAP Tinggalkan Kerajaan PH

Next Post

Coronavirus: Selidik Maklumat Sebelum Sebar – Mufti WP

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

Next Post

Coronavirus: Selidik Maklumat Sebelum Sebar - Mufti WP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd