• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mengaku Pecah Amanah RM2.82 Juta

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pengarah dan pengarah eksekutif sebuah syarikat penyelenggaraan jalan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan pecah amanah wang syarikat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.82 juta dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamed Zaini Amran, 64, iaitu bekas Pengarah Syarikat Infra Desa Johor Sdn. Bhd. (IDJ) dan Jamalullail Md Sapie, 47, Pengarah Eksekutif IDJ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan, Mohamed Zaini dan Jamalullail dituduh secara bersama menyalahgunakan keseluruhan wang berjumlah RM2.82 juta dengan memindahkannya daripada akaun bank IDJ ke akaun bank lima syarikat berasingan.

Kesalahan berkenaan dilakukan kedua tertuduh di sebuah bank di Taman Perling di sini pada 11 dan 13 April 2018.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam mahkamah sama, Mohamed Zaini turut didakwa dengan sembilan lagi pertuduhan lain iaitu menggunakan harta milik syarikat iaitu cek IDJ terbabit dengan memindahkannya ke akaun bank milik lima syarikat lain tanpa kebenaran mesyuarat agung syarikat.

Beliau juga didakwa melakukan kesalahan itu untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya dan mana-mana orang lain yang mana kesalahan itu juga dilakukannya di bank yang sama dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, Mohamed Zaini didakwa mengikut Seksyen 218(1)(a) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Mukhzany Fariz Mokhtar sementara Mohamed Zaini diwakili peguam Iskandar Shah Ibrahim manakala Jamilullail diwakili peguam Sukhaimi Mashud.

Mahkamah kemudian memerintahkan Mohamed Zaini dikenakan jaminan sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin terhadap 18 pertuduhan dihadapinya selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sementara itu, Jamilullail dikenakan ikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin terhadap sembilan pertuduhan sementara pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Hakim menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan kedua kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh tiada halangan ke luar negara walaupun pasport diserahkan kepada mahkamah. – Sinar Harian

Tags: Kes Pecah Amanah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Cari Saksi Pemain Bola Sepak Maut Dilanggar Lari

Next Post

WARISAN Nafi Laku Kekerasan Terhadap Papagomo

Related Posts

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

04/06/2024
2

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar...

Bekas COO Didakwa Pecah Amanah Lebih RM1.28 Juta

24/11/2021
0

KUANTAN: Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan...

Next Post

WARISAN Nafi Laku Kekerasan Terhadap Papagomo

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd