• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, December 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suntik Vaksin Influenza Setahun Sekali, Elak Wabak Berulang

oleh
18/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun boleh mewujudkan ‘imuniti kelompok’ dalam kalangan masyarakat dan terlindung daripada sesuatu virus.

Residen Perubatan Klinik As-Salam, Dr. Hanisah Akbar Tajudin, berkata bagaimanapun bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur enam bulan hingga lapan tahun, mereka digalakkan disuntik vaksin dua kali setahun.

Beliau berkata pengambilan vaksin itu adalah langkah terbaik bagi memastikan penularan wabak influenza tidak berulang pada masa hadapan.

“Sekiranya lebih ramai mengambil suntikan perlindungan itu, maka ia dapat mewujudkan ‘imuniti kelompok’ iaitu satu komuniti yang mempunyai imuniti dan terlindung daripada sesuatu virus.

“Bayangkan, seandainya semakin ramai mengambil vaksin, maka ‘benteng pertahanan’ yang melawan virus menjadi semakin kuat dan penularan virus sukar berlaku kepada orang lain yang berada di sekeliling kita… secara tidak langsung, kita menyumbang jasa kepada komuniti,” katanya yang sudah 10 tahun menceburi bidang perubatan.

Sejak awal tahun ini, wabak influenza menjangkiti orang ramai terutama pelajar sekolah di beberapa negeri sehingga menyebabkan ada kelas dan sekolah yang baru memulakan sesi persekolahan tahun baharu, diarahkan tutup.

Dr. Hanisah berkata suntikan vaksin mampu mengurangkan 70 peratus risiko daripada dijangkiti virus itu.

Senada dengan pendapat itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. N Ganabaskaran, berkata antara punca seseorang mudah dijangkiti virus influenza ialah mengalami perubahan cuaca yang boleh melemahkan sistem imunisasi dan kebiasaannya perkara itu berlaku kepada individu yang gemar melancong ke luar negara.

Beliau menyarankan supaya orang ramai yang gemar bercuti ke luar negara mengambil suntikan vaksin influenza sebulan sebelum ke destinasi yang ingin dikunjungi bagi memperkuatkan sistem imunisasi serta antibodi mereka.

“Suntikan vaksin bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri tetapi melindungi orang lain daripada dijangkiti virus influenza yang boleh mengakibatkan komplikasi penyakit lain antaranya pneumonia, terutama kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak,” katanya.

Mengenai cara untuk menangani wabak influenza, Dr Ganabaskaran berkata setiap individu termasuk mereka yang dijangkiti perlu sentiasa mengutamakan konsep ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

“Jika badan tidak sihat atau mengalami simptom influenza segera dapatkan rawatan di klinik sebelum ia memudaratkan badan.

“Amalkan ‘etika batuk dan bersin’ yang betul seperti tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk atau bersin dan kurangkan aktiviti luar untuk mengelakkan penularan virus itu,” katanya.

Beliau juga meminta setiap individu mengamalkan diet yang sihat seperti perbanyakkan makanan yang mengandungi tinggi serat, protein dan Vitamin C untuk mempertingkatkan sistem imunisasi badan supaya boleh ‘melawan’ virus yang mampu memudaratkan kesihatan.

“Elakkan makanan bergoreng dan pedas… sentiasa minum air suam secukupnya untuk memastikan tekak lembap dan jangan biarkan kerongkong kering atau dahaga kerana virus boleh ‘menyerang’ dalam masa 10 minit sahaja,” katanya.

Tags: vaksin influenzaVirus Influenza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Kaji Keperluan Beri Vaksin Influenza

KKM Kaji Keperluan Beri Vaksin Influenza

06/08/2023
0

KUALA TERENGGANU : Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada orang ramai terutama golongan berisiko bagi mengekang...

Penggunaan 2 Vaksin Influenza Boleh Diteruskan

03/11/2020
0

KENYATAAN ini dikeluarkan untuk memberi maklumat terkini susulan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 28 Oktober...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd