• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Langgar Perlembagaan Dedah Rakaman Audio – Ramkarpal

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh secara peribadi mengkritik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio kepada umum sebagai tidak mengikut Perlembagaan dan melanggar hak privasi pihak terlibat.

Beliau berkata, walaupun perbualan itu mungkin membuktikan kesalahan jenayah sepatutnya SPRM atau polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dan menyerahkan bukti kepada mahkamah.

Menurutnya, sekiranya trend tersebut berterusan, wujud persepsi dalam kalangan masyarakat menyatakan seseorang itu terlebih dahulu didapati bersalah sebelum melalui proses perundangan di mahkamah.

“Sekiranya terdapat bukti terhadap individu terlibat dalam rakaman tersebut, tuduh mereka dan bentangkan kesemua bukti (rakaman) itu di mahkamah untuk dipertimbangkan.

“Selain itu mereka yang dituduh mempunyai hak untuk mencabar rakaman itu di mahkamah dan hakim akan membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, walaupun SPRM sebuah agensi bebas, mereka masih tertakluk kepada undang-undang negara yang perlu dipatuhi.

“Apa yang dilakukan oleh SPRM (pendedahan rakam audio perbualan) tidak selari dengan peruntukan undang-undang.

“Mengintip perbualan telefon pihak lain mungkin tidak mengikut Perlembagaan walaupun ada dalam undang-undang negara pada hari ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: mengintip perbualan telefonramkarpal singhSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd