• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Boleh Hilang Wibawa Dedah Rakaman Audio

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh hilang kewibawaan selepas membuat pendedahan mengejut rakaman audio yang didakwa konspirasi berprofil tinggi.

Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, rakaman itu wajib disiasat dan diambil tindakan jika tidak orang tidak akan mempercayainya.

“Jangan didedahkan untuk buat ribut dan sensasi sahaja. Wajib siasat dan ambil tindakan. Kalau tidak orang tak percaya.

“SPRM boleh hilang kewibawaan malah boleh dituduh buat fitnah,” katanya menerusi satu catatannya di akaun Facebook hari ini.

Kadir mengulas mengenai pendedahan sembilan rakaman audio dipercayai perbualan antara bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa individu termasuk pemimpin dari Arab Saudi.

Pendedahan rakaman berdurasi keseluruhan 45 minit itu dibuat dalam sidang media khas yang dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya semalam.

Dalam sidang media sama turut diperdengarkan perbualan antara Datin Seri Rosmah Mansor dan Najib.

Mengulas perbualan Najib dan isterinya, veteran wartawan itu berkata, beliau pernah berulang kali bagi amaran kepada Najib tentang peranan Rosmah sejak beliau jadi Timbalan Perdana Menteri lagi. – Sinar Harian

Tags: A Kadir JasinNajib Tun RazakRosmah MansorSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd