• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seret Motosikal Sejauh 2 Kilometer

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes merempuh dan menyeret motosikal yang diparkir di tepi jalan.

Pemandu berkenaan dikatakan merempuh motosikal di Jalan Gudwara dan menyeretnya sejauh kira-kira 1.2 kilometer sehingga ke persimpangan lampu isyarat Sungai Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan merempuh motosikal berkenaan yang diparkir di tepi jalan berhampiran Nasi Kandar Senin di Jalan Gudwara.

“Polis sudah menahan pemandu itu dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk diambil sampel darah untuk ujian alkohol.

“Siasatan lanjut mengenai kejadian masih lagi diteruskan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 APJ 1987,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Sebelum ini tular satu video di laman sosial apabila seorang pemandu kereta jenis Proton Preve dilihat meneruskan pemanduannya walaupun terdapat motosikal yang tersepit di bahagian depan.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku malam tadi kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Video berdurasi 3 minit itu memaparkan pemandu kereta berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya walaupun beberapa pengguna jalan raya lain mengarahkan dia berhenti kerana memandu dalam keadaan berbahaya menyebabkan percikan api berlaku di bahagian bawah keretanya.

Selepas dikejar hampir dua kilometer oleh beberapa penunggang motosikal akhirnya pemandu kereta berusia 53 tahun itu memberhentikan kenderaannya. – Sinar Harian

Tags: pemandu keretaPulau Pinangseret motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd