• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Pilih Barang Kemas Bagi Isteri Bekas Pemimpin Qatar

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau meminta isterinya Rosmah Mansor memilih barang kemas untuk dihadiahkan kepada isteri bekas pemimpin Qatar.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya ad hoc, V Sithambaram berhubung pembelian di butik barang kemas Swiss, de Grisogono di Itali pada 8 Ogos 2014 menggunakan kad kreditnya.

Sithambaram berkata, 10 transaksi dicaj ke atas kad kredit Ambank Najib yang berjumlah €763,000 (RM3.5 juta) pada hari itu.

“Saya perlu periksa dengan isteri saya. Beliau yang membuat pembelian itu. Saya minta isteri saya memilihnya.”

Sithambaram memberitahu Najib: “Hanya wanita yang tahu apa yang disukai wanita lain.”

Terdahulu, pegawai penyiasat kes itu, Rosli Hussain daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memberitahu mahkamah, pembelian barang kemas itu pada 2014 dan sepucuk surat penghargaan didakwa daripada Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie kepada Rosmah tidak pernah timbul sepanjang siasatan.

Najib menerusi Facebooknya berkata, beliau menggunakan kad kreditnya untuk membeli hadiah bagi seorang ahli kerabat diraja dan ia adalah amalan lazim untuk memberi hadiah kepada kenamaan asing.

Mengenai pembelian seutas jam tangan bernilai AS$130,625 di butik Chanel di Hawaii untuk Rosmah, Najib bersetuju dengan cadangan Sithambaram yang ia adalah hadiah “agak mewah”.

Beliau bertanya jika pembelian jam tangan itu adalah perbelanjaan peribadi, Najib menjawab ya.

Sithambaram kemudiannya berkata, jam tangan itu bukan satu-satunya barang yang dibeli Najib bagi tujuan peribadi.

“Anda kata jam tangan Chanel itu ialah satu-satunya barang yang anda beli untuk tujuan peribadi, tetapi ada pembelian lain.”

Najib menjawab “ya, tetapi ia adalah barang yang jauh lebih kecil.”

Sithambaram menunjukkan penyata kad kredit Najib bagi Januari 2014, di mana AS$43,055 dicaj ke atas kad untuk pembelian di Stefano Ricci dan House of Bijan di Beverly Hills.

Sithambaram: Apakah 2 barang yang anda beli dari House of Bijan?

Najib: Mungkin jaket atau sut. Saya tidak ingat.

Sementara itu, hakim mengingatkan Najib tidak membuat kenyataan di media sosial mengenai perbicaraan yang masih berlangsung kerana beliau terikat dengan sumpah.

Perbicaraan bersambung 20 Januari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib berdepan 6 pertuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam pemindahan RM42 juta dana SRC International ke akaunnya.

Beliau turut dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberi jaminan kerajaan ke atas pinjaman SRC International sebanyak RM4 bilion dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan. – FMT

Tags: Najib Tun RazakSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

SRC International: Keputusan Permohonan Kebenaran Semakan Najib 31 Mac

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan rayuan akhirnya akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd