• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Bermain Papan Selaju Selamat Dikebumi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada 28 Disember lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali di sini, kira-kira 12.20 tengah malam tadi.

Turut menghadiri pengebumian Mohammad Farhan Fudhail, 16, yang mesra dipanggil ‘Shabby’ ialah ratusan rakan dan kaum keluarga termasuk ibunya Furhzanatul Natasha Mohd Sazali, 30-an, yang bekerja sebagai jururawat di Australia.

Terdahulu, jenazah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi menerusi pesawat Malaysia Airlines terus dibawa ke Kuantan dan tiba Masjid Tok Sira di sini pada 11.20 malam untuk disolatkan.

Media pada 29 Disember lalu melaporkan Mohammad Farhan Fudhail meninggal dunia selepas terlanggar tiang semasa bermain papan selaju dan difahamkan mangsa cuba memperlahankan papan selajunya semasa meluncur menuruni bukit sebelum kejadian itu.

Allahyarham yang merupakan pelajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini, difahamkan ke negara itu bersama adiknya Farranazatul Fiqa, 15, untuk bertemu ibu mereka, yang merupakan kebiasaan mereka pada cuti persekolahan.

Tags: Australiakemalangan mautpapan selaju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd