• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Trafik Boleh Saman Dalam Kawasan Sekolah

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah kerana itu adalah atas permintaan daripada pihak sekolah, kata Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Beliau berkata, polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu merupakan tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.

“Sebenarnya kami telah dijemput datang ke sekolah dan buat terlebih dahulu program advokasi kepada para pelajar sekolah. Selepas itu, barulah kami akan datang ke sekolah untuk buat operasi melalui Op Didik. Tidak sewenangnya terus buat operasi dan saman,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan Liga Bola Sepak PDRM Kontinjen Perlis di Kompleks Sukan Syed Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra, dekat sini, hari ini.

Surina berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tular di laman sosial mengenai anggota polis trafik menjalankan operasi menyaman pelajar di dalam kawasan sekolah, yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ibu bapa yang beranggapan bahawa ia menyalahi undang-undang.

Katanya, sebanyak lima buah sekolah terpilih bagi program itu di Perlis dan hanya selepas program advokasi dijalankan barulah tindakan dan operasi dijalankan di sekolah yang terlibat, katanya tanpa mendedahkan butiran sekolah berkenaan.

“Lebih 60 saman dikeluarkan dan kebanyakannya adalah kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, termasuk saman terhadap pemilik kenderaan. Saman yang kita keluarkan adalah lebih kepada mendidik ibu bapa tentang pentingnya anak-anak mereka mempunyai lesen memandu terlebih dahulu,” katanya dan menurutnya “keselamatan anak-anak perlu diutamakan”.

Tags: pelajar sekolahpolis trafikSaman Trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd