• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Lelaki Mati Dalam Bas Sebab Koronavirus

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan kematian seorang lelaki di dalam sebuah bas pelancong di pusat pemeriksaan pasport Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang dekat Gelang Patah pagi semalam, berkaitan dengan 2019 novel koronavirus.

Malah Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki tersebut bukan warganegara China seperti yang diviralkan, sebaliknya seorang warganegara Singapura dan telah disahkan meninggal dunia, akibat serangan jantung.

Katanya, polis menerima panggilan daripada pegawai imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, kira-kira 7.05 pagi semalam, memaklumkan seorang lelaki warganegara Singapura berumur 78 tahun, tidak sedarkan diri di dalam bas pelancong yang berhenti di hadapan kaunter imigresen, untuk pemeriksaan pasport.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu bersama isterinya yang berumur 68 tahun sedang dalam perjalanan dari Singapura, menuju ke Genting Highland untuk melancong.

“Semasa bas berhenti di pusat pemeriksaan pasport, lelaki itu tiba-tiba mengadu sakit dada dan berasa kurang selesa kepada isterinya yang duduk bersebelahan di bahagian tempat duduk hadapan bas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, lelaki terbabit kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung, selain mempunyai rekod perubatan sakit jantung dan rawatan yang dijalankan di Singapura.

“Berikutan penularan kejadian ini di laman sosial, orang awam dinasihati agar berhati-hati dalam menyebarkan berita yang belum dipastikan kebenarannya.

“Pihak polis telah membuat siasatan terhadap individu yang menyebarkan berita palsu ini di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan,” katanya.

Tags: Kes Kematiankoronaviruswarga singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Coronavirus: 2 Kanak-Kanak Warga China Dikuarantin

Next Post

Bill Gates Pernah Ramal Kemunculan Super Virus

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

28/10/2023
0

Johor Bahru : Dua lelaki warga Singapura ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga...

Next Post

Bill Gates Pernah Ramal Kemunculan Super Virus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd