• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coronavirus: 2 Kanak-Kanak Warga China Dikuarantin

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Dua beradik warganegara China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, hari ini kerana disyaki mempunyai simptom wabak coronavirus (2019-nCoV).

Difahamkan, kanak-kanak perempuan yang masing-masing berusia empat dan dua tahun itu bersama-sama ibu bapa mereka dilaporkan berada di pulau ini, sejak Jumaat lalu untuk bercuti dan dimasukkan ke wad HSM, jam 1 tengah hari ini.

Pengarah HSM, Dr. Mansor Ismail, berkata pihaknya masih membuat pemeriksaan lanjut berdasarkan simptom dan sejarah perjalanan mereka, sebelum tiba di Langkawi.

“Setakat ini, dua kanak-kanak perempuan itu cuma disyaki sahaja dan kita sedang membuat pemeriksaan lanjut terhadap simptom yang ada pada mereka.

“Bagaimanapun, kedua-dua ibu bapa mereka tidak menunjukkan sebarang tanda berkaitan wabak 2019-nCoV,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dr. Mansor berkata, keluarga itu berasal dari Guangdong, China.

“Mereka tiba di Kuala Lumpur pada Isnin lalu sebelum meneruskan kunjungan ke Langkawi pada Jumaat.

“Dua kanak-kanak itu kemudian dilaporkan menunjukkan tanda-tanda kurang sihat termasuk selesema, demam dan batuk ketika berada di Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, tanda-tanda yang ditunjukkan kanak-kanak itu bersifat umum, tetapi disebabkan mereka datang dari China, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan.

“Sampel pemeriksaan kita akan hantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), hari ini.

“Orang ramai di Langkawi tidak perlu risau sangat kerana mereka cuma disyaki sahaja dan pemantauan di pintu masuk ke Langkawi diperketatkan,” katanya. – BH Online

Tags: 2019-nCoVcoronavirusLangkawiWarga China
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wabak Koronavirus Di Malaysia Belum Serius – Mahathir

Next Post

1,209 Warga China Masuk Pulau Pinang Negatif Koronavirus

Related Posts

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

Kilang Haram E-waste Diserbu, Pemilik Warga China Ditahan, Rampasan RM21.83 Juta

07/02/2025
0

BUKIT MERTAJAM - Seramai 11 warga asing ditahan dalam serbuan sebuah kilang yang menjalankan aktiviti melerai buangan elektrik dan elektronik...

Next Post

1,209 Warga China Masuk Pulau Pinang Negatif Koronavirus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd