• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Cari Saksi Pemain Bola Sepak Maut Dilanggar Lari

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola sepak Piala Belia Perak di Jalan Kuala Kangsar dekat Chemor di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Izzat Shah Ibrahim, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dilanggar sebuah kereta.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Chemor menuju ke Klebang.

“Ketika tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa terbabas dilanggar sebuah kenderaan yang tidak pasti nombor pendaftarannya. Akibatnya mangsa tercampak di atas jalan dan disahkan maut. Motosikal mangsa berada pada jarak kira-kira 40 meter dari mayat mangsa,” katanya.

Katanya, mayat kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Izarrie Shafie menerusi talian 013-4138899.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui Facebooknya merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautlanggar laripemain bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

Pelajar Maut Hari Pertama Persekolahan

11/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Pengadang Baru, di sini,...

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd