• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Guna Teknologi Dron Pantau Pergerakan Trafik

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, penggunaan teknologi dron itu bertujuan memberi maklumat semasa pergerakan dan kelancaran trafik di lebuh raya selain mengoptimumkan penggunaan media sosial.

PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada hari puncak sepanjang cuti Tahun Baru Cina itu dengan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari biasa.

“Berdasarkan kajian dan analisis, PLUS menjangkakan jumlah kenderaan di lebuh raya akan berada pada tahap tertinggi pada 22 hingga 28 Januari serta 31 Januari dan 1 Februari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Op Selamat 16/2020 sempena Tahun Baru Cina di Persada PLUS di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Mengulas lanjut, Mohamad Nasir berkata, 5,000 kakitangan PLUS akan bertugas pada musim perayaan itu bagi memastikan trafik terkawal di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“PLUS dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka laluan kontra di lokasi tertentu namun bergantung kepada keperluan dan keadaan trafik.

“Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan yang memerlukan penutupan lorong akan dihentikan sementara bagi membolehkan pengguna jalan raya menikmati perjalanan tanpa gangguan,” katanya.

Dalam pada itu, PLUS juga menasihati orang ramai mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung masing-masing.

Tags: dronpergerakan trafikPLUSTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

Malaysia Sasar Bangunkan Dron Tempur Sendiri, Iran Sedia Beri Kerjasama

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan satu cadangan pembangunan National Combat Unmanned Aircraft System (UAS)...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd