• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Takkan Kitar Semula Manifesto Iktiraf UEC

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, Pakatan Harapan tidak akan mengitar semula pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai gula-gula pilihan raya kerana kerajaan akan hilang kredibilitinya jika gagal menunaikan janji itu.

“Saya akui tahap kelajuan mungkin tidak mencapai jangkaan semua, saya ingin mohon maaf, tetapi kami tidak akan berputus asa,” katanya dipetik Sin Chew Daily dalam satu dialog Belanjawan 2020 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau percaya Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) kini dalam peringkat akhir menyiapkan laporannya sebelum menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kabinet untuk dibincangkan.

“Saya baru tanya pengerusinya, tetapi beliau belum jawab, jadi saya tidak pasti sama ada beliau sudah menyiapkan laporan atau serah kepada Kementerian Pendidikan.

“Selepas mereka menyiapkan laporan itu, saya percaya Kabinet akan mula bincang, inilah langkah yang akan membawa kita lebih dekat kepada pengiktirafan UEC.”

Beliau meminta rakyat memberi lebih banyak masa kepada kerajaan dan berharap Putrajaya boleh menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC dalam masa paling singkat.

Pada 26 November lalu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik dilaporkan berkata, PPDUEC dalam proses akhir menyiapkan laporan kajian berhubung pengiktirafan UEC yang dijangka diserah kepada Kementerian Pendidikan selewat-lewatnya hujung tahun lalu.

Pengiktirafan UEC antara perkara yang dijanjikan dalam manifeso PH.

UEC ialah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara sejak 1975, dengan sukatan pelajarannya dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina enggan menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam negara ini kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil itu yang bermakna lepasan UEC boleh mencari pekerjaan dalam sektor awam negeri, memasuki kolej dan universiti milik negeri serta memohon pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.

Selangor turut menerima kemasukan lepasan UEC ke universiti milik negeri, manakala Pulau Pinang pula mengambil lepasan UEC bekerja dengan syarikat milik kerajaan negeri. – FMT

Tags: Manifesto PHSijil Peperiksaan BersepaduTeo Nie ChingUEC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelemahan Kerajaan PH Punca Lantang Bantah Jawi

Next Post

Maszlee Enggan Ulas Isu Pembelajaran Jawi

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Lahabau Membawa Maksud Tidak Berguna, Tidak Boleh Diharap

08/11/2021
0

KENYATAAN  kurang bertanggungjawab bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penggunaan perkataan Lahabau sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif...

Next Post

Maszlee Enggan Ulas Isu Pembelajaran Jawi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd