• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Agong Kini Guna Tulisan Jawi Di Twitter

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini menggunakan tulisan Jawi di Twitter di tengah-tengah kontroversi mengenai pengajarannya di sekolah vernakular.

Permaisuri yang popular itu mula menggunakan tulisan Jawi pada 28 Disember lalu, selepas mempertahankan langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu sebagai sebahagian subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

Ia dibuat tengah-tengah penentangan beberapa pendidik bukan Melayu, mengatakan pengajaran Jawi adalah sebahagian agenda memperluaskan Islamisasi di sekolah Malaysia.

Dalam tweet terbarunya semalam, Tunku Azizah mempersoalkan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang akan menentukan isi kandungan sukatan pelajaran.

“Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru,” tulisnya dalam tulisan Jawi.

Ogos lalu, Kementerian Pendidikan dilaporkan berkata, pengajaran tulisan Jawi kepada murid tahun 4 di sekolah vernakular mulai tahun ini perlu mendapat persetujuan ibu bapa dan PIBG.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata, tulisan Jawi hanya boleh dilaksanakan di sekolah vernakular dengan persetujuan 51% ibu bapa dan PIBG.

Tweet Jawi Tunku Azizah menerima pujian daripada pengikut Twitternya, termasuk bekas ketua polis negara, Musa Hassan dan bekas menteri Syed Hamid Albar.

“Bravo Tuanku. Bercakap mengenai kebenaran. Malah orang Inggeris mengiktiraf warisan ini,” tulis Syed Hamid.

Permaisuri sebelum ini berkata adalah satu kelebihan mengetahui bagaimana menulis dalam tulisan Jawi serta menguasai kemahiran bahasa tambahan.

Tunku Azizah memberikan contoh anaknya yang belajar bahasa Mandarin, serta kakak iparnya, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang mempunyai major dalam bahasa Mandarin dari Universiti Oxford.

“Tidak ada ruginya belajar Jawi atau bahasa dan kaligrafi lain,” katanya. – FMT

Tags: Raja Permaisuri Agongtulisan JawiTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dong Zong Berbahaya Kepada Negara – Mufti Perlis

Next Post

Ackbal Panglima TUDM Yang Baharu

Related Posts

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

Agong, Permaisuri Buat Lawatan Negara Ke Brunei Esok

12/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah akan mengadakan lawatan negara ke Brunei...

Lori Sampah Rosak Brek Rempuh 14 Kenderaan

Agong, Permaisuri Zahirkan Ucapan Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Umat Islam

10/04/2024
1

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Raya...

Next Post

Ackbal Panglima TUDM Yang Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd