• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Ford Ranger

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah trak pikap jenis Ford Ranger dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, mangsa, Muhammad Zulfakkar Borhan, 29, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC disahkan maut di lokasi kejadian.

“Siasatan polis mendapati, kejadian dipercayai berlaku semasa Ford Ranger yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar dua buah motosikal termasuk yang ditunggang mangsa.

“Kemalangan itu juga menyebabkan dua lagi mangsa berusia 27 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 mengalami kecederaan parah,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, mangsa yang parah kini dirawat di zon kuning dan merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, pemandu Ford Ranger pula akan direman bagi membantu siasatan polis.

Mengenai dakwaan pemandu terbabit mabuk, Shamsul Amar berkata, saringan awal kandungan alkohol dalam darah melalui ujian pernafasan menunjukkan di tahap kawalan yang dibenarkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Katanya, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelakkan gangguan dalam siasatan dan lain-lain perkara yang negatif. – Sinar Harian

Tags: kemalangan mautpemandu mabukPenunggang Motosikal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd