• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penetapan Tol WCE Bukti PH Mungkir Janji – Najib

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Warta Kerajaan Persekutuan berhubung penetapan kadar tol bagi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) disifatkan bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu jelas membuktikan kerajaan PH tidak mengotakan janji kepada rakyat untuk menghapuskan tol di negara ini sekiranya mentadbir negara.

“Walaupun WCE ini memang satu usaha yang dilakukan oleh swasta tetapi komitmen mereka (PH) ialah negara tanpa tol.

“Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan ini satu contoh mereka telah memungkiri janji kepada rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Ceramah Muafakat Nasional di Markas PAS Simpang Lima di sini, malam tadi.

Terdahulu Najib memuat naik status di Facebook beliau berhubung warta Kerajaan Persekutuan berkenaan penetapan kadar tol bagi Lebuhraya WCE yang menyambungkan Banting, Selangor ke Taiping, Perak.

Menurut warta Kerajaan Persekutuan semalam, syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn. Bhd. dibenarkan mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Disember 2063.

Warta itu dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.

WCE sepanjang 233 kilometer dengan kos keseluruhan RM5.044 bilion mempunyai plaza tol di Hutan Melintang, Teluk Intan, Kg. Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas.

Tags: kadar tollebuhraya persisiran pantai baratNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar Tol Mungkin Boleh Kurang Jika Kos Pembangunan Lebuh Raya Dikawal

Kadar Tol Mungkin Boleh Kurang Jika Kos Pembangunan Lebuh Raya Dikawal

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat...

Kadar Tol Besraya, Lekas Turun

Kadar Tol Besraya, Lekas Turun

31/12/2022
1

PETALING JAYA : Kementerian Kerja Raya mengumumkan kadar tol untuk Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) diturunkan berkuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd