• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Sabah Terjejas Semasa Shafie Menteri BN

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agenda pembangunan Sabah terjejas semasa pemimpin Warisan, Mohd Shafie Apdal menjadi menteri Barisan Nasional kerana beliau bergaduh dengan kerajaan Sabah, kata seorang pemimpin UMNO hari ini.

Ahli majlis tertinggi, Abdul Rahman Dahlan berkata Shafie tiada sebab untuk tidak memberikan peruntukan terbanyak kepada Sabah semasa beliau menjadi menteri kemajuan luar bandar dan wilayah semasa pentadbiran BN dulu.

Rahman berkata kementerian Shafie mendapat peruntukan kedua terbesar semasa Najib Razak menjadi perdana menteri, dan berbilion ringgit Shafie boleh gunakan pada bila-bila masa saja.

Tetapi, Shafie bergaduh dengan kerajaan Sabah dan ketua menteri ketika itu, Musa Aman. Sepanjang 7 tahun Shafie memegang portfolio kementerian, agenda pembangunan Sabah terjejas, katanya.

“Semasa beliau jadi menteri, beliau ada bajet dalam tangan, kenapa beliau tidak bantu selesaikan isu air dan elektrik di Sabah?” kata Rahman.

“Saya juga pernah jadi menteri. Saya bantu banyak negeri. Saya bagi kepada Perlis, Pahang tetapi paling banyak saya beri kepada Sabah,” katanya, yang pernah memegang portfolio perumahan.

Beliau berkata hal peruntukan adalah budi bicara menteri.

Semalam, Shafie, yang juga ketua menteri, ketika menjawab kritikan UMNO berkata beliau mempunyai bajet yang terhad semasa menjadi menteri BN, dan memanfaatkan sebaik mungkin RM5 bilion yang diperuntukkan kepada kementeriannya ketika itu.

Tetapi Rahman berkata Shafie salah seorang daripada 6 menteri persekutuan dari Sabah dalam Kabinet Najib, dan boleh mengarahkan kementerian memberikan peruntukan lebih kepada Sabah.

“Tiada negeri akan berani lawan dia dan ketika itu beliau ada kuasa untuk buat arahan itu. Tetapi tengok beliau sekarang ini, bercakap dengan Putrajaya mengenai isu royalti minyak 20% supaya beliau boleh bangunkan Sabah. Tiada alasan,” katanya.

“Barapa banyak pun beliau minta, sehingga hari ini beliau tidak diberi pun royalti 20% itu.” – FMT

Tags: Barisan NasionalPRK KimanisSabahShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd