• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemansuhan Elaun Kritikal Ditangguhkan

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadual bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan hingga kajian semula mengenainya dilaksanakan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman memaklumkan kajian mengenai pelaksanaan pemansuhan BIPK itu akan dilaksanakan dengan pihak berkaitan dan diputuskan Kabinet.

“Pelaksanaan pemansuhan BIPK kepada pegawai lantikan baharu membabitkan 33 skim perkhidmatan seperti dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, pemansuhan BIPK dilapor bukan kerana skim perkhidmatan terbabit tidak penting, sebaliknya ia tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun berkenaan.

BIPK diwujudkan pada 1992 berikutan kekurangan bekalan tenaga kerja dalam sektor tertentu ketika itu, bertujuan untuk menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta BIPK dikekalkan.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini, turut melancarkan petisyen bagi membantah pemansuhan BIPK.

Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilapor berkata, Tun Dr. Mahathir Mohammad bersetuju menangguhkan pemansuhan BIPK dengan ia dipersetujui dalam pertemuannya bersama Perdana Menteri, Disember lalu. – BH Online

Tags: BIPKelaun kritikalPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd