• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Van Maut, 4 Pemain Badminton Cedera Kemalangan

oleh
13/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seorang lelaki warga tempatan maut tersepit, manakala empat pemain badminton termasuk pemain nombor satu dunia Kento Momota cedera dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya MEX, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.57 pagi

“Seramai 10 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan media, tadi.

Hafisham berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai N Bavan.

“Manakala mangsa yang cedera pula, pemain badminton England, William Thomas, pemain badminton Jepun, Hirayama Yu, Marimoto Akifumi dan Kento Momota,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan van pelancong yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah lori tanah.

“Terdapat lima mangsa dalam van itu, dua lelaki dan seorang wanita warga Jepun, seorang lelaki warga England dan pemandu warga tempatan,” katanya.

Menurutnya, empat pemain badminton tersebut cedera ringan telah dibawa ke hospital dengan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Manakala pemandu van tersebut masih tersepit, operasi mengeluarkan mangsa diteruskan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kemalangankento momotaLebuhraya MEXpemain badminton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd