• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Patuhi Akta 5 Jamin Kelancaran Hari Penamaan Calon

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan sebarang alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan diayah atau penyebaran politik melalui sebarang cara pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, Sabtu ini, menyalahi Seksyen 24A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti politik yang terbabit supaya bertanggungjawab mengawal penyokong pada setiap masa bagi menjamin proses penamaan calon berjalan lancar.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata orang ramai serta penyokong parti politik turut dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan pusat penamaan calon.

Beliau berkata, jika ada mana-mana pihak yang melanggar peruntukan seksyen berkenaan, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“SPR berhasrat supaya proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti politik yang terbabit supaya sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada hari penamaan calon,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pusat penamaan calon bagi PRK Parlimen Kimanis ditetapkan di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, Beaufort, Sabah.

Pada hari penamaan calon, kertas penamaan calon boleh dikemukakan dalam tempoh sejam bermula jam 9 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang atau seorang daripada mereka.

Azhar Azizan berkata, jika mana-mana bakal calon sudah membayar deposit pilihan raya, mereka perlu membawa resit pembayaran pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran.

Beliau turut mengingatkan calon yang mewakili mana-mana parti politik supaya mengemukakan surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili ketika menyerahkan kertas penamaan calon. – BH Online

Tags: penamaan calonPRK KimanisSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd