• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Tak Setuju Ruang Khas Merokok Di Tempat Awam

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 50 gabungan badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik balik langkah melaksanakan ruang khas merokok di tempat awam.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, gabungan badan profesional dan NGO tidak bersetuju dengan idea berkenaan, apatah lagi dengan peruntukan RM1 juta yang disediakan.

Tindakan KPKT itu, tegas beliau, memberi mesej yang bertentangan dengan budaya hidup sihat dan fatwa pihak berkuasa agama Islam serta memberi sokongan kepada amalan tidak sihat tersebut.

“Kami menggesa KPKT agar menarik balik pelaksanaan kawasan merokok di tempat awam,” kata Dr. Zainal  dalam sidang media di pejabat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menyokong usaha KPKT dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok.

“Namun demikian, tempat pembuangan puntung rokok adalah sangat berbeza dengan penyediaan kawasan merokok.

“Tiada keperluan mengadakan kawasan merokok kerana mereka masih boleh merokok di mana-mana tempat selain 23 tempat yang diwartakan,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Shaari Ahmad Junid menegaskan, peruntukan RM1 juta yang diumumkan KPKT tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan tempat merokok.

Sebaliknya, wang tersebut harus digunakan untuk kegunaan peruntukan untuk mengubati perokok atau penyakit yang disebabkan rokok.

“Kami menuntut penjelasan daripada KPKT tentang pelaksanaan kawasan khas merokok ini.

“Jika tiada penjelasan lanjut, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia akan mengadakan perbincangan pada 18 Januari ini untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada Selasa lalu, KPKT mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara bagi membina kawasan khas merokok di tempat awam.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, sebanyak RM5,000 akan diperuntukkan kepada PBT yang mengemukakan permohonan kepada kementerian selepas mengenal pasti lokasi pembinaannya. – Astro AWANI

Tags: kawasan khas merokokKPKTLarangan Merokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden EC Gesa Siasatan Teliti, Telus Pesawat Ukraine Terhempas

Next Post

Mahathir Diberi Taklimat Tentang Rakaman Audio

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

Mahathir Diberi Taklimat Tentang Rakaman Audio

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd