• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Mahu Rakaman Audio SPRM Untuk Bela Diri

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan rasmi bagi memaksa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemukakan rakaman yang dikatakan suara beliau dan pegawai kerajaan berbincang mengenai urusan berkaitan 1MDB dan SRC International.

Dalam permohonan 15 Januari itu, Najib mahu SPRM kemukakan rakaman itu, yang didengarkan pada sidang media minggu lepas, untuk diperiksa kerana beliau mendakwa ia penting bagi pembelaan dalam kes SRC International dan 1MDB yang sedang berjalan.

“Terdapat dakwaan-dakwaan serius dibuat Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya mengatakan rakaman audio itu mendedahkan beberapa dakwaan kesalahan tertentu berkenaan saya dalam kes SRC dan 1MDB.

“Latheefa pada sidang medianya akui salah satu rakaman itu berkaitan SRC,” kata Najib dalam afidavitnya.

Najib juga akan memfailkan permohonan komital terhadap Latheefa kerana menghina mahkamah apabila mendedahkan rakaman itu kepada media.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila akan buat demikian.

SPRM mendedahkan 9 rakaman audio yang dikatakan suara bekas perdana menteri, Najib Razak; isterinya, Rosmah Mansor; bekas timbalan pendakwa raya awam, Dzulkifli Ahmad dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed Al Nahyan, berbincang mengenai urusan berkaitan 1MDB.

Latheefa dan beberapa pegawai kanan SPRM disoal polis semalam dalam siasatan ke atas rakaman itu. – FMT

Tags: 1MDBNajib Tun Razakrakaman audioSPRMSRC International
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd