• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Tarik Balik Darjah Kebesaran Pengarah Urusan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan yang berlangsung pada Rabu lepas memutuskan pengurniaan darjah kepada Pengarah Urusan Ritz Corporate Holding Berhad, Ibrahim Yahaya ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah, Datuk Dr. Razali Ab Malik dalam kenyataan hari ini berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S) yang membawa gelaran Datuk kepada Ibrahim pada 14 Januari lepas.

Katanya mesyuarat tersebut telah diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Razali.

Semalam, Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menafikan dakwaan dibuat oleh Ritz Corporate Holding Berhad yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah penaung syarikat berkenaan.

Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Mohd Nizam Mohd Akhir dilapor sebagai berkata, syarikat berkenaan yang beralamat di 55-12A-H, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang, tidak pernah memohon perkenan baginda untuk menjadi penaung syarikat tersebut.

Tags: darjah kebesaranNegeri SembilanRitz Corporate Holding Berhad
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta tidak campur tangan dalam soal Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd