• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Mahu Tumpu Kelantan Sahaja

oleh
05/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu memberikan tumpuan terhadap Kelantan walaupun beberapa pemimpin berpendapat beliau layak menggantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

“Kalau isu (jadi menteri pendidikan) tak apalah. Itu tak ada apa-apa, saya fikir Kelantan saja,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Beliau keluar daripada UMNO pada September 2018 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulan kemudian.

Kini Mustapa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas merupakan satu-satunya ASUN pembangkang di DUN Kelantan selepas pemeteraian kerjasama UMNO-PAS pada Oktober tahun lalu.

Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berpendapat bahawa Mustapa adalah pilihan terbaik sebagai Menteri Pendidikan.

Selain kedudukan itu merupakan kuota Bersatu, Mustapa pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi pada 2006 hingga 2008.

Pandangan sama turut disuarakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.

Khamis lalu, Dr. Maszlee dalam satu sidang akhbar khas di Kementerian Pendidikan (KPM) di Putrajaya mengumumkan menyerahkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas 20 bulan mengemudi KPM.

Mahathir dijangka akan mengumumkan Menteri Pendidikan baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Maszlee. – Sinar Harian

Tags: KelantanMenteri PendidikanMustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd