• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mujahid Nafi Campur Tangan Politik Urusan Jual Beli THP

oleh
25/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi di bawah portfolionya termasuk Lembaga Tabung Haji (TH) menjalankan urusan mereka tanpa campur tangan politik.

Katanya, TH Plantations Berhad (THP) yang merupakan anak syarikat TH turut diberi kepercayaan serupa.

“TH hanya memiliki 72 peratus saham dalam THP dan saya langsung tidak mencampuri sebarang urusan jual beli melibatkan THP.

“Ini kerana, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak pengurusan THP yang baru dapat menyelamatkan syarikat ini daripada terus mengalami kerugian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada satu sidang media di ibu negara semalam, yang mendesak Mujahid menyatakan pendirian berhubung keputusan Lembaga Pengarah THP menjual 14 anak syarikat yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 76,975 hektar yang dibangkitkan baru-baru ini.

Menjelaskan bahawa sebarang transaksi jual beli adalah perkara biasa dalam syarikat perniagaan, Mujahid melahirkan rasa hairan dengan tindakan Asyraf Wajdi dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan isu jual beli tanah yang melibatkan THP.

“Sedangkan, persoalan yang perlu ditanya adalah mengapa mereka membeli tanah-tanah ini dulu sehingga tanah ini terpaksa dijual dan THP mengalami kerugian?”

Menegaskan bahawa THP kini berada di landasan yang benar dengan menjalankan urusan pentadbiran yang telus tanpa sebarang campur tangan politik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengalu-alukan Asyraf Wajdi membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan, jika beliau mempunyai bukti yang kukuh wujudnya penyelewengan semasa urusan jual beli tanah THP.

Tags: Asyraf Wajdi DusukiMujahid Yusof RawaTabung HajiTH Plantations
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

Buli: Tiada Kompromi Terhadap Pelajar Terbabit – Asyraf

24/05/2023
0

Kuala Lumpur : Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi terhadap pelajar di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd