• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Alamin Dipilih Calon BN Bagi PRK Kimanis

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Ketua UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat pengumuman calon BN itu pada sidang media di Pusat BN Kimanis di sini hari ini.

Mohamad, 48, merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada calon Parti Warisan Sabah, Dr. Daud Yusof.

Bung Moktar berkata, BN Sabah membuat empat tapisan bagi mencari calon yang menepati kriteria ditetapkan oleh pucuk pimpinan.

“Mohamad dipilih kerana menepati kriteria ditetapkan dan mampu menjadi pilihan rakyat di Parlimen Kimanis,” katanya.

Sebelum pengumuman dibuat, BN Sabah turut mengadakan mesyuarat yang turut dihadiri Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam pada itu, Mohamad berterima kasih kepada pimpinan BN pusat dan Sabah atas kepercayaan diberikan kepadanya sebagai calon BN pada PRK Parlimen Kimanis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari ini manakala penamaan calon pada 4 Januari dan pengundian awal pada 14 Januari.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Disember mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi Parlimen Kimanis dalam PRU14 pada Mei 2018.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Pada PRU14, Anifah yang juga bekas menteri luar bertanding atas tiket BN dan memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti 156 undi apabila memperoleh 11,942 undi.

Anifah mengumumkan keluar UMNO, parti komponen BN pada September 2018 dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas.

Pada 18 Jun 2018, Karim memfailkan petisyen bagi mencabar kemenangan Anifah.

Daftar pemilih bagi PRK Parlimen Kimanis mengandungi 29,664 pengundi yang terdiri daripada 29,654 pengundi biasa, sembilan pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Tags: Barisan NasionalMohamad AlaminPRK KimanisUMNO Sabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

Next Post

87 Warga China Terlibat Jenayah Dalam Talian Diberkas

Related Posts

PRN Johor: BN Bertanding Solo, Yakin Peroleh Dua Pertiga Kerusi

24/01/2022
0

JOHOR BAHRU : Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata gabungan itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

15/12/2021
0

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional...

Next Post

87 Warga China Terlibat Jenayah Dalam Talian Diberkas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd