• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengarut Jho Low Jadi Mangsa – Shafee

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low bahawa beliau adalah mangsa dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mengarut.

Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebaliknya menegaskan Jho Low adalah ‘penjahat utama’ dalam skandal syarikat pelaburan strategik negara itu.

“Dia adalah penjahat utama, dia mendakwa menjadi mangsa kerana bukan seorang ahli politik adalah betul-betul mengarut.

“Jika kamu bukan seorang ahli politik, tiada sesiapa akan memberikan masalah kamu mangsa.

“Hanya ahli politik yang mendapat susah kerana ada ahli politik lain yang mahu menjatuhkan kamu,” katanya.

Muhammad Shafee berkata demikian kepada pemberita selepas perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapi Najib.

Muhammad Shafee berkata demikian bagi menjawab dakwaan Jho Low melalui temubual dengan Straits Times Singapura kononnya beliau dijadikan mangsa kerana bukan seorang ahli politik.

Ahli perniagaan itu juga mendakwa bahawa kerajaan menjadikan beliau dan keluarga sebagai mangsa, menafikan mereka dengan hak asasi dan proses undang-undang yang adil selain melabelkan beliau sebagai dalang di sebalik skandal 1MDB.

Muhammad Shafee berkata, Jho Low tidak mendedahkan perkara sebenar dan mendakwa individu dalam buruan itu yang mengatur segala-galanya dalam skandal berkenaan.

“Dia mengatur semua termasuk institusi kewangan, pegawai bank dan semua kroni yang sebenarnya adalah rakan sejenayah.

“Mereka ada dalam 1MDB, SRC dan juga di luar negara, tetapi beliau (Jho Low) adalah watak utama,” katanya.

Peguam itu berkata, Jho Low cuba bertindak untuk meminimumkan peranannya dalam skandal itu. – BH Online

Tags: 1MDBJho LowNajib Tun RazakShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd