• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Mangsa Bunuh Ditemui

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOTA – Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui dengan kesan luka di kepala dan lebam di badan, di kuari pasir Batu 9 3/4, Bota Kanan di sini, hari ini.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui orang awam pada 8.20 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso, berkata mangsa yang dipercayai warga Indonesia itu ditemui terbaring dengan hanya berseluar jeans dan tidak berbaju.

“Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira 10 jam sebelum ditemui selain polis mensyaki berlaku pergelutan antara mangsa dengan individu yang belum dapat dikenal pasti sekitar kawasan kejadian, sebelum mangsa rebah di lokasi dia ditemui.

“Jari hantu kanan mangsa juga didapati hampir putus,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Bota Kanan, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan pada mayat mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, dua luka sepanjang kira-kira lima dan 15 sentimeter ditemui dipercayai kesan daripada senjata tajam selain lebam di badan.

Katanya, bagaimanapun pihaknya masih belum dapat mengenal pasti jika kejadian itu hanya membabitkan seorang individu atau berkumpulan.

“Setakat ini, polis juga masih belum mempunyai maklumat mengenai mangsa berikutan tiada sebarang dokumen ditemui. Malah senjata yang digunakan juga tidak ditemui di kawasan berkenaan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar dan individu yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Barudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, saksi kejadian yang dikenali sebagai Bakong, 30, berkata, dia menemui mayat mangsa ketika menghantar ibunya yang berkerja di kuari berkenaan.

“Sebaik masuk dalam kawasan kuari, saya terkejut melihat mangsa yang sudah terbaring kaku dengan kesan lebam di badan sebelum menghubungi rakan yang kemudian memaklumkan kejadian itu pada polis.

“Saya tidak mengenali mangsa tetapi tahu yang dia pernah berkerja di sekitar kawasan ini,” katanya. – BH Online

Tags: kes bunuhPerakwarga indonesia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Koronavirus: 8 Warga China Dikuarantin Di Johor

Next Post

Riza Aziz Berdepan Saman RM1.2 Bilion

Related Posts

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

Kes Bunuh Di Pondok Cherok Tokun: Lelaki Warga Emas Direman 7 Hari

30/04/2025
0

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh di sebuah pondok di...

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

Kegigihan Mangsa Bunuh Berniaga Di Kuantan Dirakam Secara Kebetulan Pelanggannya

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Ramai warga Kuantan mengakui sering melihat Norshamira Zainal wanita yang ditemui meninggal dunia di tepi sungai berhampiran...

Next Post

Riza Aziz Berdepan Saman RM1.2 Bilion

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd