• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maszlee Letak Jawatan Bukti PH Ada Masalah Dalaman – Najib

oleh
04/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMBAKUT – Peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai masalah dalaman, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

Najib berkata perkembangan itu jelas menunjukkan masalah dalaman yang dihadapi oleh PH.

“Dia (Maszlee) disuruh letak jawatan, bukan dia sendiri letak jawatan.

“Dia diminta oleh perdana menteri (supaya meletak jawatan) kerana tekanan dari luar dan dalam,” katanya kepada pemberita ketika hadir acara bertemu rakyat di sini hari ini, menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

Semalam, Maszlee mengumumkan meletak jawatan sebagai menteri pendidikan 20 bulan selepas dilantik ke jawatan tersebut dengan jangkaan beliau akan melaksanakan pembaharuan penting dalam sektor pendidikan negara.

“Dengan taat setia dan redha walaupun berat, dengan nasihat ayahanda perdana menteri, saya, Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai menteri pendidikan kepada perdana menteri berkuat kuasa pada 3 Jan 2020,” katanya kepada pemberita, sekali gus mengesahkan spekulasi berhubung penarikan diri beliau daripada Kabinet.

Najib berkata, terdapat parti komponen PH yang mahu Maszlee berundur.

Ketika ditanya sama ada menteri lain juga harus meletak jawatan, Najib berkata, “itu terpulang kepada rakyat, bukan (keputusan) saya, tetapi terdapat banyak spekulasi yang tersebar.” – FMT

Tags: Maszlee MalikNajib Tun Razakpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd