• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Singapura Bakal Muktamad Perjanjian RTS

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia dan Singapura komited untuk memuktamadkan perjanjian membabitkan projek Sistem Transit Rapid (RTS) menjelang April ini, kata Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook.

Loke memaklumkan perkembangan itu menerusi catatan terbaru di laman rasmi Facebook beliau, hari ini.

Beliau berada di republik itu bagi menemui rakan sejawatannya, Khaw Boon Wan.

“Saya mengunjungi menteri pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dan membincangkan perkembangan projek RTS yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands.

“Perbincangan itu berhasil dan kami komited untuk memuktamadkan perjanjian menjelang April tahun ini,” katanya.

Pada 5 November lepas Loke berkata, Malaysia memerlukan tempoh lanjutan 6 bulan bagi meneliti semula aspek pelaksanaan dan beberapa perjanjian berkaitan projek RTS tersebut, susulan keputusan Malaysia meneruskan usaha tersebut.

Sebelum itu pada 31 Oktober, 2019, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan meneruskan laluan RTS dengan kos terbaru RM3.16 bilion, iaitu penjimatan sebanyak 36% atau RM1.77 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion.

Sementara itu, Khaw menerusi catatan di Facebook beliau berkata, “Gembira dapat saling bertukar limau mandarin dengan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke! Kami saling mengucapkan Selamat Tahun Baru dan mengharapkan kemajuan seterusnya dalam kerjasama pengangkutan dua hala. Banyak yang boleh diusahakan bersama demi rakyat masing-masing.”

Kedua-dua menteri itu turut berkongsi paparan foto pertemuan mereka di media sosial tersebut.

Tags: Projek RTSSingapuraSistem Transit Rapid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd