• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Masih Belum Bersedia Ganti Sistem FPTP

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia masih belum bersedia untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara dengan menggantikan sistem sedia ada iaitu ‘First Past The Post’ (FPTP) kepada sistem Perwakilan Berkadar (PR) seperti dicadangkan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC).

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, belum sampai masanya sistem tersebut dibawa ke Malaysia kerana negara masih belum mencapai kemajuan demokrasi seperti negara lain yang mengamalkan sistem itu.

Jelasnya, kebanyakan negara Komanwel juga masih menggunakan sistem tersebut bahkan sejak lebih 60 tahun lepas, proses pilihan raya di Malaysia berjalan lancar dengan menggunakan sistem FPTP.

“Saya rasa ada 10 perkara lain yang perlu diberi perhatian dalam proses demokrasi negara kita. Ini (mengubah sistem) kita tinggal akhir sekali, bila dah selesai semua barulah kita pergi kepada ubah sistem.

“Sistem yang kita pakai lebih 60 tahun usianya, dah 14 kali pilihan raya, berjalan lancar dan tiada masalah. Sistem yang ada sekarang memang adil kerana rakyat memilih wakil rakyat untuk mewakili kawasannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengambil contoh beberapa negara membangun seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Filipina yang mengamalkan sistem PR, Wan Ahmad berkata, keadaan di negara berkenaan tidaklah begitu baik meskipun mengamalkan sistem pilihan raya itu.

Jelasnya, sistem PR membuatkan pemimpin cenderung untuk mempertahankan parti dan pemimpinnya kerana dengan cara itu, ia membuka ruang dan peluang untuk mereka kembali dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

“Ia berbeza dengan sistem FPTP di mana wakil rakyat perlu menjaga pengundi di kawasan mereka. Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan mereka ditolak pada masa akan datang,” katanya.

Wan Ahmad berpendapat adalah lebih baik tumpuan diberikan dalam memperbaiki sistem demokrasi dalam Malaysia.

“Jawatankuasa berkenaan perlu melihat bagaimana parti yang bertanding ini mempunyai kesamarataan ketika bertanding, sama rata gelanggang, sama rata penggunaan media. Kesamarataan masih belum nampak,” katanya.

Sebelum ini, ERC di bawah Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Pengerusinya menyatakan mereka akan mengusulkan kepada kerajaan untuk menggantikan sistem pilihan raya sedia ada iaitu FPTP kepada sistem PR untuk kerusi Parlimen. – Sinar Harian

Tags: ERCFPTPperwakilan berkadarsistem pilihan raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masih Tunggu Keputusan Laporan Koroner Australia

Next Post

Menteri Mahu Berkereta Mewah, Rakyat Disuruh Ikat Perut

Related Posts

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Kaji Laporan ERC

14/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan...

SPR Sokong Syor ERC

22/01/2020
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyokong syor Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) supaya peranan suruhanjaya...

Next Post

Menteri Mahu Berkereta Mewah, Rakyat Disuruh Ikat Perut

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd