• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Permohonan Jaminan ADUN DAP Didengar 16 Januari

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 16 Januari untuk mendengar permohonan jaminan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, Oktober tahun lepas.

Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam Harshan Zamani yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah anak guamnya memfailkan permohonan tersebut pada 26 Disember lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias memberitahu pemberita pihaknya akan memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu pada 10 Januari.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan kes Gunasekaren dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

Pada 18 Disember lepas, Gunasekaren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama “DAP Guna Palanisamy” di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman kira-kira 2 petang, 7 Oktober lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

Akmal Naik Angin, Label Pemuda DAP ‘Bebal’, Cabar Letak Jawatan Kerajaan Negeri

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar keras kenyataan pimpinan Pemuda DAP (Dapsy) yang...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd