• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTTE: Permohonan Jaminan ADUN, Ahli DAP Didengar 16 Januari

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua Mahkamah Tinggi berasingan di sini hari ini menetapkan 16 Januari untuk mendengar permohonan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan dan ahli DAP, V Suresh Kumar yang menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dan Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam Ramkarpal Singh, mewakili kedua-dua tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan tersebut pada 26 Disember lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias dan Rohaiza Abd Rahman memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu pada 9 dan 13 Januari ini.

Mahkamah Sesyen sebelum ini membenarkan kes kedua-dua tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan memaklumkan pihaknya telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes berkenaan.

Saminathan, 34, dan Suresh Kumar, 43, masing-masing didakwa atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Sami Nanthan Siva’ dan ‘RocketSuresh DAP’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2 petang, 7 Oktober lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Tags: ADUN DAPLTTEpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

Pemuda BN Negeri Sembilan Persoal PH Bawa ‘Superman Hew’ Ke Pentas Kempen

22/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mempersoalkan keputusan DAP dan Pakatan Harapan (PH) membawa Hew Kuan...

Wayang 1st Class DAP!

Wayang 1st Class DAP!

14/07/2026
0

Oleh Lim Sian See  Hei, DAP… kamu guna wayang yang sama di Johor beberapa bulan lalu, dan akhirnya kalah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd